Assalamualaikum w.b.t
Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu
sangat suruh saya habiskan belen-belen (sisa-sisa) nasik yang dia makan dan
pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu
dan macam biasa, mesti ada sikit belen... tapi taklah everytime secara
puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.
Dan sampailah saya dah besar panjang nie
pun situasi ni still berjalan.... Either belen makanan mak atau abah.... tapi
kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah
untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik
beradik yang lain... samada kami perasan atau tidak.... so satu hari itu
tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu
sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri... arwah tok
perempuan kami lah sebelah abah... mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa
melekat kat mak bapak dan saya sendiri akui kesannya..... makin umur kita meningkat,hati
kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke
memang kami adik beradik diam membisu...jer lah namanya nak menjawab balik
memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak
sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah
ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami
semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat
balik
Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak
menunaikan solat maghrib ialah mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat
anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu
maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam
... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga
amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau
tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang
paling paling paling berkesan sekali.... tak caya try buat solat jamaah
dengan anak-anak tiap kali maghrib.... dapat semua waktu lagi baik... sangat
besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya dan jugak kesan solat jamaah
walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan
lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just
to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu
hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other
because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those
who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others
again; and may the last ones understand his words better than those who listen
to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang
kurang itu datang daripada kelemahan kami sendiri.
SUMBER DARIPADA : DATO' DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH

No comments:
Post a Comment