Bahasa Reseptif (belajar mendengar dan memahami bahasa)
Anak mula belajar tentang bahasa
sebaik sahaja dia dilahirkan. Malah bayi yang baru dilahirkan menyedari dan
berkebolehan untuk mendengar. Mereka mendengar suara ibu dan bapa serta
orang-orang yang berada di persekitaran mereka. Bayi akan menyentakkan atau
menangis jika terdapat bunyi yang tidak dijangka. Bunyi yang kuat boleh
membangunkan mereka, dan mereka belajar untuk bertindak balas kepada bunyi.
Di antara usia 0 - 3 bulan
bayi belajar untuk menoleh apabila kita bercakap dengan mereka, dan tersenyum
apabila mereka mendengar suara kita. Malah, mereka seolah-olah mengenali suara
yang familiar, dan berhenti menangis. Bayi di bawah usia 3 bulan juga akan
menghentikan aktiviti mereka dan cuba fokus kepada bunyi suara yang tidak
dikenali. Mereka sering bertindak balas terhadap bunyi yang menenangkan samada
bunyi itu familiar atau tidak.
Di antara usia 4 - 6 bulan, bayi
bertindak balas terhadap perkataan "tidak". Mereka juga responsif
kepada perubahan dalam nada suara kita, dan juga kepada bunyi selain daripada
percakapan. Sebagai contoh, mereka boleh terpesona dengan mainan dan objek lain
yang mengeluarkan bunyi,
Bahasa Ekspresif (belajar bercakap dan menggunakan bahasa)
Bayi yang baru lahir mengeluarkan
bunyi untuk memberitahu kita bahawa mereka mengalami keseronokan atau
kesakitan.
Pada usia 0 - 3 bulan, bayi
berkebolehan untuk mengukir senyuman apabila terpandang kita. Mereka mengulangi
bunyi "Coos dan goos" apabila berpuas hati. Manakala tangisan
mereka memberitahu bahawa mereka memerlukan sesuatu seperti mereka menangis
apabila lapar, tidak selesa, mengantuk dan sebagainya.
Pada usia 4 - 6 bulan, bayi
mampu membuat bunyi “gurgling” atau mengagah ketika kita bermain dengan mereka
atau ketika mereka berasa selesa dan gembira. Bunyi ini kedengaran seolah-olah
mereka sedang “bercakap”. Bayi mampu memberitahu kita, dengan menggunakan bunyi
atau isyarat bahawa mereka mahukan sesuatu, atau mahu kita melakukan sesuatu.
Mereka boleh membuat bunyi "mendesak" bagi merangsang
kita untuk membuat tindakan segera.
Aktiviti dan bermain bersama bayi
Ketika bayi belajar untuk bercakap,
pastikan kita memberi respon. Tenangkan bayi dengan suara dan kata-kata yang
lembut. Kita boleh meniru dan membuat bunyi sepertinya - ini adalah cara yang
menyeronokkan untuk menggalakkan bayi untuk membuat lebih banyak bunyi.
Berikut adalah beberapa tips lain
untuk memupuk perkembangan bahasa:
- Bercakap dengan menggunakan
bahasa yang lembut dan selesa .
- Bersenandung dan menyanyikan
lagu-lagu yang lembut .
- Membaca buku dan bercerita
kepada bayi. Ia tidak terlalu awal untuk memula dan memperkenalkan
buku kepadanya.
- Bermain-main dengan bayi ( ciku
cak , meniru bunyi bayi, menggeletek lembut, menggoyangkan alat-alat
mainan yang berbunyi, dan lain-lain ).
- Bercakap dengan bayi tentang
apa yang kita sedang lakukan ( memandikannya, memakaikan pakaiannya ,
menyalin lampin, dan lain-lain ).
- Menyebut dan memanggil nama
bayi.
- Pastikan bayi dapat melihat
wajah kita ketika sedang bercakap dengannya.
- Bercakap dengan tenang tentang
apa yang kita fikir bayi sedang cuba untuk memberitahu kita dengan
tangisan dan agahannya.
Membaca kepada bayi
Ia tidak terlalu awal untuk membaca
kepada bayi. Malah bayi yang baru lahir akan mendapat manfaat daripada
mendengar bacaan yang bersuara daripada ibu atau bapa . Mendengar percakapan
kita boleh membantu bayi untuk membangunkan dan mengembangkan bahasanya.
http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/2013/12/perkembangan-bahasa-kanak-kanak-pada.html#.UrkCWfsTySc
No comments:
Post a Comment