MENJADI adat! Di Bollywood, apabila seseorang itu
berjaya menempa nama di persada dunia sehingga menikmati hidup dalam kemewahan,
mereka berpusu-pusu menukar nama Islam menjadi Hindu, sebaliknya saya selesa dengan
nama Allah Rakha Rahman atau AR Rahman,” itulah kata-kata pemuzik terkenal
India yang nama asalnya Dileep Kumar.
Pasti ramai di Malaysia kurang mengenali pemilik
nama ini, tetapi bagi peminat filem Hindustan tegar yang pernah mendengar muzik
ciptaannya dalam filem Dil Se, Taal, Swades, Chazyya Chaiyya, Rang de Basanti
dan Slumdog Millionaire amat mengenalinya. Dia lebih dikenali melalui alunan
muziknya.
Jiwa
kosong, rasa gelisah
Pembabitan dalam dunia muzik bermula seawal usia
11 tahun, beliau menjadi matang dengan rencam dunia pemuzik. Terfikir
dibenaknya perlukah seorang pemuzik menghisap rokok, mabuk dan mengambil dadah?
Pergaulannya dengan ramai pemuzik menemukan
beliau dengan seorang pemuzik yang memberikannya pandangan berbeza.
Pemuzik tersebut tidak mempunyai tabiat buruk
malah menghasilkan banyak karya hebat. Kerana itu AR Rahman terselamat daripada
pengaruh tidak sihat.
Ada ketikanya jiwa AR Rahman berasa kosong,
gelisah seakan tercari-cari sesuatu, apakah yang dicari? Adakah Tuhan?
Pada asalnya, AR Rahman langsung tidak
mempercayai Tuhan, kemudiannya dia menyembah berhala, tetapi tidak mampu
menenangkan hatinya yang gundah.
AR Rahman bermimpi didatangi lelaki berjubah
putih mengajaknya memeluk Islam. Tapi dia tidak mengendahkan mimpi itu dan
menganggap hanya mainan tidur dan mimpi itu berlarutan sekembalinya ke India.
Segera dia menceritakan kepada ibunya yang kemudiannya menyarankan AR Rahman
supaya memeluk Islam.
Keluarga AR Rahman ditimpa musibah apabila
kakaknya sakit. Apa yang dideritai kakaknya sama seperti yang berlaku kepada
bapanya menanggung sakit hingga ke akhirnya. Keluarga AR Rahman memanggil
paderi dan sami Hindu untuk berdoa supaya kakaknya sembuh, tetapi langsung
tiada hasilnya.
Akhirnya AR Rahman dipertemukan dengan seorang
alim, Syeikh Abdul Qadir Jeelani atau Pir Qadri. Seingat AR Rahman, keluarganya
pernah bertemu Pit Qadri semasa ayahnya terlantar sakit.
Dengan doa dan kaedah perubatan yang diamalkan
Pit, kakak AR Rahman berjaya disembuhkan.
Kuasa
besar mentadbir alam
Pengalaman perjalanan hidup banyak mengajarnya,
sehingga dia dan seluruh keluarganya memilih Islam. Kehilangan ayahnya membuat
AR Rahman berfikir hidup ini bukan ditentukan mengikut kehendak seseorang. Dia
merasakan ada suatu kuasa besar mengatur semua itu, cuma dia tidak tahu apa,
atau siapa.
Jawapannya hanya ditemui apabila dia memeluk
Islam. Jiwanya merasai ketenangan yang tidak pernah ditemui sebelum ini.
Bersama Islam juga dia berjaya menghilangkan perasaan rasa rendah dirinya.
AR Rahman merasakan dirinya bagai dilahirkan
semula. Malah bukan itu saja, kerjayanya pun berubah mendadak, dan rezekinya
melimpah-ruah.
Pada 1989, AR Rahman berjaya memiliki studio
sendiri yang mempunyai kelengkapan paling canggih di Asia. Dia juga berjaya
mencipta kekayaan dengan penjualan album daripada filem dan mencipta lagu.
Namun kekayaan yang melimpah-ruah tidak pernah
menutup mata AR Rahman daripada melihat keindahan Islam, malah semakin
mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Dia mengatakan apabila kita dikelilingi kemewahan,
duit dan populariti, kemungkinan untuk menjadi lupa diri amat mudah. Hanya
kepercayaan dan keimanan yang mampu menjaga kita.
Hari ini, setelah 20 tahun lebih memeluk Islam,
AR Rahman mengecapi segala ketenangan di dalam hidup melalui jalan yang
ditunjukkan Islam.
AR Rahman mengaku solat banyak membantunya
menghilangkan tekanan dan memberi ketenangan, harapan dan keyakinan Tuhan
sentiasa bersamanya.
Semua itu bukan saja mengingatkan AR Rahman
mengenai dunia, tetapi juga hari akhirat. Justeru, dia tidak tinggal sembahyang
walaupun terpaksa bergelut dengan kesibukan bekerja.
Kejayaan demi kejayaan dicapai dalam bidang
muzik sehingga melayakkannya digelar Mozart Madras. Tetapi AR Rahman langsung
tidak melupakan apa yang pernah dilaluinya sebagaimana dia mengingati saat
manis hidupnya.

No comments:
Post a Comment