Tahniah diucapkan kepada Aril AF atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus kerana
telah selamat bergelar suami kepada gadis pilihannya, Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin selepas
solat Jumaat di Kota
Bharu, Kelantan.
Puteri,
seorang Pramugari Saudi Arabian Airlines berusia 27 tahun berkenalan dengan Aril di Bangsar,
Kuala Lumpur. Menceritakan detik pertemuan itu, pasangan
bahagia ini dikatakan 'berdating' pertama kali dan ditemani ibu Puteri.
Mereka yang tidak mahu bercinta lama sebelum berkahwin
mengambil keputusan untuk bernikah kerana sedar usia mereka sudah sesuai untuk
berkahwin dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Aril menyediakan
wang hantaran sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihan mempelai dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan.
Pasangan ini dijangka mengadakan kenduri kesyukuran di
kampung Aril yang terletak di Melaka. Dengan
perkahwinan ini, Aril sempat berpesan kepada semua
peminatnya agar terus menyokongnya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik
dari semalam.





No comments:
Post a Comment