Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai
yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air.
Apabila
memandikan bayi, jangan
terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan
belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila
memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang
beristinjak tidak dicuci dengan air.
Bayi baru
lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan
tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut
kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. Antara yang mungkin kita
semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu
dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan
peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut
fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan
air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara
perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian
punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa
memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik.
Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya
siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara
perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa
menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan
untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa.
Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak
dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan
lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7.
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak
digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana
bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya
melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh
badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana
kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi
basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

No comments:
Post a Comment