Berikut ini sebahagian
daripada rawatan melalui penawar yang ditunjukkan oleh al-Quran dan
al-Sunnah seperti Madu, habbatus sauda (Jintan Hitam), Air Zam-Zam dan
Minyak Zaitun yang Insya Allah dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit
dengan izin Allah Ta’ala:
1. MADU:
Allah Ta’ala
berfirman,”Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam
warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran
Allah) bagi orang yang memikirkan” (QS. An Nahl : 69)
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda, ”Kesembuhan itu ada pada tiga hal, iaitu dalam
pisau pembekam, meminumkan madu, perawatan dengan besi panas (kayy). Dan
aku melarang umatku melakukan rawatan dengan besi panas” (HR. al Bukhari no. 5681)Dalam sebuah riwayat
lain disebutkan,”Alaykum bisy syifaa-ayna al ‘asali wal qur-aani” yang artinya “Hendaknya kamu
menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur’an” (HR. Ibnu Majah dan al Hakim dalam
Sahih-nya, beliau berkata, Hadis ini sahih sesuai dengan sistem periwayatan al
Bukhari dan Muslim, dan disetujui oleh al-Zahabi. Dari Abdullah bin
Mas’ud radhiyallahu ‘anhu secara marfu’)Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah
mengatakan, “Madu memiliki banyak khasiat. Madu dapat membersihkan
kotoran yang terdapat pada usus, pembuluh darah, dapat menetralisir kelembaban
tubuh, baik dengan cara dikonsumsi atau dioleskan, sangat bermanfaat untuk
lanjut usia dan mereka memiliki keluhan pada dahak atau yang metabolismenya
cenderung lembab dan dingin” (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam, hal. 42-43)
2. HABBATUSSAUDA (JINTAN HITAM):
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat
penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no.
2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Imam Ibnu Qayyim al
Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat. Erti dari
sabda Nabi, “Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah
Rabb-nya“, yakni segala
sesuatu yang boleh hancur. Banyak lagi ungkapan-ungkapan sejenis.
Jinten hitam memang berkkhasiat mengobati segala jenis penyakit dingin, bisa
juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas karena faktor temporal’
(Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 365)
3. AIR ZAM-ZAM:
Dari Abu Dzar
radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Air zam-zam itu penuh
berkah. Ia makanan yang mengeyangkan (dan obat bagi penyakit)”(HR. Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam
kurung adalah menurut riwayat al Bazzar, al Baihaqi dan ath Thabari dan
sanadnya shahih, lihat Majma’uz Zawaa-id III/286).Imam Ibnu Qayyim rahimahullah
menceritakan pengalamannya berkaitan dengan cara menyembuhkan penyakitnya
dengan air zam-zam yang dikombinasikan dengan metode ruqyah dari al-Quran ini,’
Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang
dokter atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha merawat dan menyembuhkan
diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat
menakjubkan. Aku ambil segelas air Zamzam dan membacakan padanya surat al
Faatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan
kesembuhan. Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam merawat
berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku
beritahu kepada orang banyak yang mengeluhkan suatu penyakit dan banyak dari
mereka yang sembuh dengan cepat’ (Zaadul Ma’aad IV/178 dan al Jawaabul Kaafi
hal. 23)
4. MINYAK ZAITUN:
Allah Ta’ala
berfirman,“.. yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak
berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur (sesuatu)
dan tidak pula di sebelah Barat” (QS. An Nur : 35). Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,”Makanlah oleh kalian minyak (zaitun) dan poleskan dengannya,
kerena sesungguhnya minyak (zaitun) itu dari pohon yang diberkahi” (HR. Ahmad III/497, at Tirmidzi no. 1851 dan
Ibnu Majah no. 3319, dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih at
Tirmidzi II/166)Sumber Bacaan: Kaedah Pengubatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam, Imam Ibnu Qayyim
al-Jauziyah.
10 BAHAYA DISEBABKAN MAKANAN
Kesan sampingan dan
bahaya makan minum sering dilapurkan dan ia diakui sendiri oleh pakar perubatan
bahawa punca penyakit yang diidapi oleh masyarakat manusia dan ada yang membawa
kematian khususnya masyarakat moden hari ini, ia berpunca daripada banyak makan
daripada kekurangan makanan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, lemah
jantung, kencing manis dan lain-lain semuanya berpunca daripada lebih makan
atau tidak mengawal makanan dengan cara yang betul.
Oleh sebab itu Nabi
SAW mengingatkan bahawa; “Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang
lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan sekadarnya.
Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang makanan dan sepertiga
lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas (ruang udara)” –(Riwayat At
Tirmizi dan Ahmad).Hadis di atas di samping menganjurkan agar menghadkan kadar
makan dan minum, Nabi SAW juga mengingatkan tentang bahaya perut jika ia diisi
dengan tanpa hadi. Difahamkan daripada hadis di atas juga bahawa perut kita
hanya selamat jika ia diisi dengan makanan satu pertiga sahaja. Tetapi jika ia
dipenuhi dengan makanan melebihi ruang itu, maka kemungkinan besar ia merbahaya
kepada kesihatan kita sendiri.
Oleh sebab itu Imam Al
Ghazali dalam Minhajul ‘Abidin menjelaskan terdapat 10 bahaya berpunca daripada
lebihan makanan. Di antara bahaya-bahaya makan minum tanpa had itu ialah;
1. BANYAK MAKAN HATI MENJADI KERAS DAN MEMADAMKAN CAHAYANYA.
Dalam sebuah hadis
yang agak masyhur bahawa Nabi SAW mengingatkan; “Hati anak Adam ditempa
bentuknya mengikut makan dan minum”. Ertinya bentuk dan sifat hati itu berpunca
daripada makan minum.
Dalam hadis lain Nabi
SAW bersabda lagi, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak
(berlebih) makan dan minum, walau pun yang halal. Kerana hati itu ibarat
tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”.
Dalam Al Quran pula
Allah mengingatkan agar jangan makan makanan secara belebihan sehingga walau
pun dengan makan minum yang halal. Firman Allah, maksudnya; “Makan minumlah
kamu, tetapi jangan berlebihan” –(Surah Al ‘Araf ayat 31).
Hukama’ pula ada
berkata; “Perut itu umpama kuali yang berada di bawah hati, bila ia mendidih
asapnya akan terkena pada hati. Jika banyak asap, ia akan kotor dan menjadi
hitam”. Ertinya bahan kimia daripada makanan itu menghasilkan toksid yang boleh
membinasakan hati dan jantung.
2. BANYAK MAKAN HATI MENJADI RESAH DAN MERUNTUN ANGGOTA KE ARAH
PERKARA SIA-SIA DAN MAKSIAT.
Seorang yang sentiasa
kenyang sentiasa lupa daratan. Segala pancainderanya, seperti mata, telingan,
lidah dan kemaluannya cenderung untuk melakukan perkara haram. Tetapi bila
perut lapar, semua anggota menjadi aman dan tenteram daripada runtutan maksiat,
hatta perkara fudhul (tidak berfaedah).
Berkata Ustaz Abu Jaafar
Rahimullahu ta’ala, bahawa perut itu, jika ia lapar, anggota lain menjadi
kenyang (tidak ingin) terhadap segala perkara yang tidak baik. Tetapi jika ia
kenyang, maka segala anggota lain menjadi lapar (teringin) kepada sesuatu tanpa
batas dan banyaklah perkara yang dituntutnya. Kesimpulannya, menurut Imam Al
Ghazali, setiap perbuatan, ucapan serta tindak-tanduk seseorang lebih banyak
dipengaruhi oleh makan minum.
Jika makan yang haram,
maka yang terhasil daripada anggota dan pancainderanya adalah perkara haram
juga. Jika makan yang halal, yang terhasilnya adalah perkara baik dan manfaat
serta keuntungan di dunia dan akhirat. Tapi jika makan belebihan, walaupun
halal, ia mendatangkan kesan sampingan yang memudharatkan pula.
3. BANYAK MAKAN AKAN MELEMAHKAN AKAL DAN TERHALANG DARIPADA
MENJADI CERDIK.
Benar sekali apa yang
disebut oleh Imam Ad Daraqutni; “Bila engkau ingin sesuatu dari keperluan dunia
dan akhirat, maka janganlah engkau makan dahulu sehingga perkara yang engkau
ingin itu tercapai atau berhasil. Kerana makan itu akan merubahkan fikiran
menjadi lemah.Bukti itu telah dialami oleh banyak orang yang mempraktikkannya”.
4. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANG IBADAH.
Banyak makan
menyebabkan badan menjadi berat, mata mengantuk, anggota badan lesu dan lemah.
Walau pun dipaksa untuk melakukan sesuatu, tetapi tidak berdaya lagi, kecuali
hanya tidur seperti bangkai terbuang.
Diceritakan bahawa
Nabi Yahya as pernah bertemu dengan iblis sedang membawa sesuatu serupa joran
(alat memancing). Nabi Yahya bertanya; “Untuk apa engkau bawa alat ini”. Jawab
iblis; “Inilah syahwat untuk aku pancing anak-anak Adam”. Tanya Nabi Yahya
lagi; “Adakah aku juga hendak engkau pancing?”. Jawb iblis; “Tidak ada peluang.
Tetapi pernah pada suatu malam, engkau makan agak banyak. Maka aku dapat
memancing kamu sehingga engkau terasa berat untuk mengerjakan solat”. Kata Nabi
Yahya; “Kalau macam itu, mulai hari ini aku tidak lagi mahu makan kenyang
sepanjang hidup aku”. Kata iblis dengan penuh kesal; “Betapa menyesalnya aku
kerana membuka rahsia ini. Mulai hari ini kami golongan iblis tidak akan
menceritakan lagi rahsia ini kepada sesiapa pun”. Ada pun kisah Nabi Yahya
terlebih makan itu cuma berlaku sekali sahaja dalam hidupnya.
Cubalah bayangkan,
bagi orang yang sentiasa kenyang pada setiap malam. Tentu sekali bukan sahaja
malas, bahkan terasa rugi untuk bangun beribadah malam. Bila terjaga pada waktu
malam sayang sekali untuk tinggalkan kain selimut dan tilam empuk untuk bangun
beribadah kepada Allah.
Berkata Syied Sofwan
Rahimullah; “Ibadah itu umpama perusahaan (perniagaan) yang menguntungkan.
Warungnya adalah berkhalwat dan barang perniagaannya ialah berlapar”. Ertinya
jika kita tidak berlapar, maka kita ibarat peniaga yang membuka warung yang
kosong.
5. BANYAK MAKAN AKAN MENGHILANGKAN KEMANISAN DALAM BERIBADAH.
Seperti seorang
seniman yang sedang asyik menumpukan kepada kanvas lukisannya, ia pasti lupa
alam sekelilingnya. Setelah selesai dihasilkan lukisannya, ia akan terasa suatu
kepuasan. Demikian juga dengan badah yang dilakukan dengan takun dan khusyuk,
akan terasa sedap dan nikmat. Selesai ibadah akan terasa suatu kepuasan.
Saidina Abu Bakar
berkata; “Sejak aku menganut Islam, belum pernah perut aku kenyang dengan
makanan. Kerana aku ingin mendapat kemanisan dan kepuasan dalam beribadah. Juga
belum pernah aku kenyang dengan minuman, kerana aku sangat rindukan
Allah”.Saidina Abu Bakar ialah salah seorang sahabat Nabi SAW yang mendapat
maqam (tingkatan) mukasyafah. Ini seperti mana diakui oleh Nabi SAW sendiri,
maksudnya; “Tiada yang melebihi kamu Saidina Abu Bakar dalam rasa mekanisan
beribadah puasa dan solat. Sesungguhnya ia ialah kerana sesuatu yang tersimpan
di dalam dadanya (takwa)”.
Inilah tanda dan sifat
orang yang telah mendapat maqam mukasyafah kerana mengurangkan makan dan
minum.Kata Addoroni, saat aku merasa amat manis sekali dalam ibadah ialah
semasa perutku rapat dengan belakangku (terlalu amat lapar).
6. BANYAK MAKAN SEMBARANGAN MAKANAN AKAN MUDAH TERJERUMUS KEPADA
SYUBHAT ATAU MUDAH MENDEKATI PERKARA HARAM.
Menurut Imam
al-Ghazali, barang halal itu datang kepada kamu hanya sekadar untuk menjadi
bekalan sahaja. Seperti mana disebut oleh Nabi SAW, maksudnya; “Sesungguhnya
yang halal itu tiada datang kepada kamu, melainkan sekadar untuk menjadi bekal
dan sekejab sahaja. Tetapi yang haram itu datang kepada kamu bertimbun-timbun”.
Banyak makan makanan
syubhat menimbulkan was-was dalam hati. Sukar menghafal ilmu dan mudah lupa.
Oleh sebab itu dalam hadis riwayat Bukhari bahawa Rasulullah SAW mensifatkan,
di antara halal dengan haram ada di tengahnya perkara syubhat. Walau pun
perkara syubhat belum haram, tetapi ia lebih mendekati ke arah haram dan
termasuk perkara larangan, bagai taman larangan kawasan istana. Kerana, siapa
yang suka meniti di atas syubhat, lambat laun ia akan terjerumus kepada haram.
Bagi orang wara’ perkara syubhat dijauhinya bagai menjauhi perkara haram.
7. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN TIMBUL PELBAGAI PERKARA BURUK
.Di antara perkara
buruk atau kesan sampingan berpunca daripada banyak makan ialah;
a). Hati dan badan
menjadi penat kerana sebuk berusaha mencari perbelanjaan untuk tujuan
menyediakan makanan yang lazat-lazat dan mahal-mahal perencah dan resepinya.
b). Badan akan menjadi
penat dan letih dalam mencari pelbagai resepi, menyiapkan pelbagai jenis
masakan, mencuci alat-alat yang telah diguna untuk makan dan sebagainya.
c). Menghabiskan masa,
fikiran, dan pertimbangan untuk mengimbangkan resepi agar terasa lazat. Kerana
bimbangkan risiko kekurangan salah satu bahan, nanti kurang sedap.
d). Selepas makan,
kesibukan itu bersambung lagi, seperti kena mencuci gigi, menyiapkan peralatan
selepas makan seperti kertas tisu, menghidang makan ringan sebagai pencuci
mulut dan lain-lain.
e). Jika perut
allergic terpaksa pula pergi ke jamban. Menghadapi risiko kesan sampingan
seperti terkena penyakit darah tinggi, lemah jantung atau kencing manis dan
lain-lain, maka terpaksa pula jumpa doktor dan sediakan ubat sepanjang masa.
f). Selalu rugi di
bidang agama seperti;
i). Banyak makan
menjadikan seseorang malas beribadah atau melambat-lambat sembahyang, kerana
terasa penat akibat perut terlalu kenyang. Jika ibadah pun telah mengurangkan
perkara-perkara sunat.
ii). Orang yang banyak
makan akan sentiasa hendak membuang air kecil atau air besar atau sentiasa
kentut. Oleh sebab itu wudhuknya tidak dapat kekal. Ertinya, ia tidak mampu
kekal dalam keadaan suci, iaitu sentiasa berada dalam wudhuk. Sedangkan orang
yang sentiasa berwudhuk, menurut hadis, ia sentiasa diampuni dosa oleh Allah
sepanjang ia berwudhuk.
iii). Banyak makan
menyebabkan kurang tahan beriktikaf atau tidak dapat berlama-lama dalam mesjid,
kerana keluar untuk keperluan cari makan atau kerana terbatal wudhuk (sentiasa
kentut) atau kerana hendak buang air kecil atau air besar.
iV). Orang yang banyak
makan ia tidak tahan berpuasa, kerana tidak tahan berlapar.
Demikian beberapa
kelemahan keburukan orang yang banyak makan dan ia merupakan satu
kerugian.Sesungguhnya puasa, iktikaf, dawamut toharah (sentiasa berkeadaan suci - sentiasa
berwudhu', termasuk juga menjaga kebersihan pakaian pada diri) dan lain-lain
itu merupakan perkara yang menjadi ibadah dan mendapat pahala. Sedangkan banyak
makan, menyebabkan peluang untuk berada dalam keadaan ibadah dan mendapat
pahala menjadi terganggu oleh kesan sampingan akibat makan banyak seperti
perasaan malas, mengantuk, terkentut, buang air kecil dan besar (menyebabkan
tidak tahan berada dalam keadaan sentiasa wudhu') dan lain-lain.
Kerana itu Nabi SAW
mengingatkan, maksudnya; “Punca segala penyakit ialah rakus atau lahap dalam
makan dan punca segala ubat ialah berpantang”.
Malik bin Dinar pernah
berkata; “Wahai saudara ahli Basrah, disebabkan makan terlalu banyak, maka kita
terpaksa kerap pergi ke tandas, tempat yang hina. Ertinya kita dimalukan oleh
Tuhan. Oleh sebab itu, maka aku amat inginkan sekiranya diberi rezki oleh
Tuhan, cuma cukup untuk menjilat lidah sahaja pada batu krikil”.Oleh itu orang
yang Cuma menghabiskan masa untuk fakir makan dan minum sahaja, maka semua
urusan yang dilakukan (untuk mencari makanan) hanya semata-mata untuk keduniaan
dan tidak ada apa-apa bahagian untuk di akhirat. Kerana apa yang diusahakan
semata-mata untuk menghasilkan najis dan mengakibatkan pula badan lesu,
menanggung penyakit dan masa (umur) tebuang percuma sahaja.
8. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN AMAT SAKIT KETIKA SAKARATUL MAUT DAN
URUSAN PERHITUNGAN DI AKHIRAT MENJADI RUMIT.
Dalam hal ini Nabi SAW
ada mengingatkan; “Berat atau ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung
kepada sedikit atau banyaknya kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak
kenikmatan dan kesenangan dunia yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita
hadapi sakit sakaratul maut, kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia
yang telah mendarah-daging bagi kita”.
9. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANGNYA GANJARAN DI AKHIRAT,
KERANA NIKMATNYA TELAH DITERIMA DI DUNIA.
Firman Allah,
maksudnya; “Dan ingatlah hari ketika orang-orang kafir dimasukkan ke dalam
neraka, kepada mereka dikatakan; ‘Kamu telah menghabiskan rezki dan
kesenanganmu yang baik di dunia dan kamu telah pun bersenang-senang dengannya,
maka pada hari ini dibalas pula dengan azab yang menghinakan. Kerana kamu
dahulu di dunia sombong dan fasiq tanpa hak” –(Surah Al Ahqaaf ayat 20).Jika
kita hanya mengambil dan menggunakan nikmat dunia semata-mata untuk merasakan
kesenangan di dunia, maka akibatnya nikmat di akhirat akan dikurangkan oleh
Allah.
Diriwayatkan bahwa
suatu masa Khalid Ibnu Walid menghidangkan makanan yang enak-enak kepada
Saidina Umar. Lalu Saidina Umar berkata; “Makan yang enak ini kita akan makan
sekarang, tetapi bagaimana dengan nasib orang –orang fakir di kalangan sahabat
Muhajirin yang meninggal dunia, kerana belum pernah kenyang makan roti yang dibuat
daripada sya’ir (iaitu gandum yang amat murah harganya)”. Khalid menjawab; “Ya,
Amirul Mukminin, bagi mereka sudah ada syuga. Sekarang mereka sudah mendapat
ganjarannya”. Kata Saidina Umar lagi; “Kalau begitu, mereka sudah dapat syurga,
sedangkan kita baru dapat makanan yang enak ini. Amat celakalah kita, kerana di
antara kita dengan mereka berbezaan amat jauh sekali”.
Saidina Umar amat
faham tentang peringatan Rasulullah SAW, bahawa jika seseorang itu telah
mendapat nikmat dunia dan bermewah-mewah dengannya, nanti di akhirat
ganjarannya akan berkurangan.
Diriwayatkan bahawa
suatu hari Saidina Umar merasa dahaga. Lalu ia meminta air daripada seorang
sahabat yang ada berdekatan dengannya. Sahabat itu pun menghulurkan kepadanya
air yang di dalamnya bercampur beberapa butir buah kurma sehingga air itu
terasa manis. Sebaik-baik sahaja Saidina Umar menghirup seteguk air itu, lalu
ia bagaikan tersentak dan bersuara; “Aduh...”. Tapi sahabat itu menyangka
Saidina Umar tersentak kerana air itu kurang manis. Dia pun berkata; “Ya,
Amirul Mukminin….seboleh-bolehnya aku inginkan agar air itu cukup terasa manis,
tetapi jika ia kurang manis, aku minta maaf…”. Balas Saidina Umar; “Aku
tersentak itu bukan kerana tawar, tetapi kerana terlalu manis”. Selepas itu
dengan nada terharu Saidina Umar menyambung lagi; “Kalaulah tidak kerana ada
Hari Akhirat, maka aku akan bersama-sama kamu bersenang-senang menikmati
kehidupan di dunia ini”.
10. BAHAYA MAKAN MERUMITKAN SOAL JAWAB DI AKHIRAT.
Bahaya makan terakhir
ialah mengakibatkan seseorang itu akan menghadapi saat rumit ketika berhadapan
dengan soal jawab di akhirat.Walau pun memakan rezki yang halal, tapi jika di
akhirat kita disoal siasat oleh Allah di Mahkamah Akhirat tentang daripada mana
kita perolehi yang halal itu dan ia diperhetungankan satu persatu. Jika kita
memakan makanan yang syubhat, kita akan disalahkan, kerana hanya ingin
bersenang-senang. Sedangkan hal ehwal keadaan jiran, orang miskin dan lain-lain
orang yang susah, tanpa dibantu, itu akan ditanya kelak oleh Allah kepada kita.
Sesiapa yang tidak
membantu orang yang memerlukan bantuan, sedangkan ia mampu, maka ia dianggap
tidak tergolong sebagai umat Islam.
Sebuah hadis bahawa
Nabi SAW bersabda amat tegas sekali, maksudnya; “Siapa yang tidak memikirkan
urusan sesama Muslim, ia dianggap bukan golongan mereka (bukan golongan
Muslim)” -(Riwayat Al Hakim dari Ibnu Mas’ud).
Oleh itu, dalam hidup
ini, kita selaku umat Islam telah tersedia memikul amanah, sama ada amanah
masyarakat atau amanah diri dan keluarga. Jadi, tidak pantaslah setiap hari
kita cuma memikirkan tentang makan dan mengisi perut sahaja. Kerana kita
mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap keluarga dan masyarakat.
Memang dalam hidup
ini, lebih-lebih lagi untuk mengisi tugas dan tanggungjawab terhadap Allah dan
juga masyarakat, kita perlukan badan sihat. Badan yang sihat, terbina daripada
makanan minum yang baik dan berzat. Memang makanan itu perlu, tetapi janganlah
sampai makan terlalu berlebihan sehingga melupakan tanggungjawab lain yang
lebih utama
No comments:
Post a Comment