Pasir
mempunyai pelbagai kegunaan dalam seluruh kehidupan kita, terutama dalam bidang
perubatan secara alami. Contohnya, kita biasa lihat mereka menimbus sebahagian
atau keseluruhan badan dengan pasir.
Cara
ini kadangkala memberi kesan kepada si penyakit dan juga salah satu alternatif
secara semulajadi untuk menyembuhkan penyakit.
Bagi
anak-anak yang mempunyai gangguan tumbesaran, terapi melalui pasir ini juga
boleh diaplikasikan. Jika kita amati, pasir merupakan bahan yang selamat dan
tidak membahayakan anak.
Melalui
teksturnya yang halus dan tidak mendatangkan kecedaraan, ia boleh membantu
memberi stimulasi yang baik kepada anak jika digunakan dengan kaedah yang
betul.
Kebiasaannya
juga, anak-anak kita memang sukakan pasir terutama jika dibawa bermain pasir di
pantai. Saya percaya, kadangkala cara kita mengatasi masalah yang ada dengan
berbalik kepada apa yang alam semulajadi telah sediakan antara remedi yang
terbaik.
4
Manfaat Terapi Pasir Kepada Anak
- Emosi - Apa sahaja aktiviti yang melibatkan permainan, pasti menjadi kesukaan anak. Oleh itu, melalui aktiviti terapi pasir ini secara langsung meningkatkan perkembangan emosi anak. Disarankan berkesan bagi anak yang pendiam, panas baran dan hiperaktif. Anak yang pendiam akan cuba berinteraksi dan bersosial antara kawan kumpulan atau ibubapa mereka sendiri secara perlahan-lahan. Yang hiperaktif pula, mereka akan belajar mengawal diri dan saling bekerjasama sesama rakan
- Fizikal - Aktiviti seperti mengangkat atau menuang pasir dapat membantu pergerakkan anggota badan anak menjadi aktif dan fleksibel. Kita juga boleh latih anak untuk meramas atau mengenggam pasir itu bersama untuk latihan otot tangan. Jika hendak menanam diri dalam pasir juga apa salahnya kan.
- IQ & Imaginasi- Selain itu, latih imaginasi dan kreativiti si manja dengan membina ‘istana pasir’ dan juga boleh sama-sama melakar dan melukis abjad atau apa sahaja di pasir samada menggunakan tangan ataupun kayu. Juga boleh lakukan aktiviti mencari benda tersembunyi di dalam pasir, isi pasir di dalam bekas atau membina bentuk melalui acuan. Kita jadikan aktiviti itu menyeronokkan untuk mereka terokai. Learning should be fun, mummy !
- Fokus - Aktiviti ini dapat membantu anak dalam melatih
pengamatan mereka. Kemahiran ini dapat dicapai melalui aktiviti membina
‘istana pasir’ atau binaan lain yang mampu mengoptimumkan kesemua deria
pendengaran, penglihatan dan sentuhan. Anak akan fokus untuk menyiapkan
istana mereka itu sehingga siap. Mereka khusyuk menyudahkannya yang
membantu memberi daya pengamatan yang efektif kepada mereka.
Bahan-bahan Yang Boleh Digunakan Untuk Aktiviti Ini
Aktiviti
ini boleh dilakukan di halaman rumah sahaja tanpa perlu ke pantai. Samada kita
boleh letakkan pasir di dalam bekas seperti ini ataupun bekas pasir sendiri
atau sand tray yang boleh di dapati di
kedai-kedai alatan bantuan mengajar atau secara online.
Letakkan
barang-barang permainan mereka untuk mereka bermain bersama pasir. Jika anak
lelaki, mainan seperti kereta atau lori pasir pasti menjadi pilihan mereka.
Tugas
kita bermain dan bercerita bersama mereka seolah-olah kita berada di dalam
dunia anak-anak kita. Pasti mereka teruja !
Yang
perempuan pula, berikan mereka alatan masak seperti bekas cupcake, sudu dan
garfu plastik, mangkuk kecil yang umpama mereka sedang membuat kek untuk minum
petang.
Hasilnya,
melalui aktiviti santai ini yang boleh dilakukan di rumah sahaja, secara tak
langsung ia melatih komunikasi anak dengan baik. Anak kita akan cuba belajar
untuk menyebut perkataan yang mereka dengar dari kita kerana aktiviti ini
menenangkan otak mereka yang membantu kelancaran saraf atau otot mulut anak.
Jika
berkesempatan membawa anak ke pantai ia memberi keseronokkan yang lebih buat
anak-anak kita yang mempunyai masalah komunikasi ataupun penakut.
Desiran
ombak dan angin yang segar akan memberi lebih ketenangan buat si anak. Biarkan
mereka berlari-lari di pantai untuk mereka sendiri merasai kebebasan untuk
menerokai alam Allah ini.
Untuk
lebih menarik, lakukan aktiviti bermain pasir seperti membina ‘istana pasir’
ini bersama mereka. Bawalah alatan permainan mereka seperti baldi, penyodok,
sudu atau garfu, cawan dan sebagainya untuk aktiviti ini.
Juga
aktiviti ini sebenarnya memberi kesemua kemahiran yang diperlukan oleh anak
kita yang sangat berguna untuk kehidupan mereka di alam persekolahan nanti.
Saya
akhiri tulisan saya dengan kata-kata Pakar
Psikologi Kanak-Kanak iaitu Dr Mark Pearson, “adaptasi kegemaran kanak-kanak
seperti bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi
peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hati tanpa paksaan”.
Aktiviti
ini bukan sahaja membuatkan mereka seronok dan tenang, tetapi yang paling
penting ianya dapat menangani perasaan marah atau tidak puas hati mereka / tantrums yang ada
dalam diri mereka.


No comments:
Post a Comment