widget

Followers

Thursday, 13 February 2014

AS SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA

Hari ini dalam sejarah.



As Syahid Imam Hassan Al Banna adalah di antara tokoh pejuang pembebasan Palestin yang sewajarnya dicontohi oleh umat kini. 

Beliau adalah pengasas gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir, yang darinya lahirlah pergerakan HAMAS di Palestin.

Jasanya terhadap perjuangan umat Islam di Palestin amatlah besar khususnya dalam peperangan Arab-Palestin pada tahun 1948. Bahkan penyertaan mujahidin Ikhwan Muslimin dalam peperangan tersebut telah membuka mata musuh-musuh Islam bahawa di sana masih ada para pemuda di kalangan ummat ini yang ikhlas dan sanggup berkorban apa saja untuk menjaga kemuliaan ummat ini. Semangat jihad telah dihidupkan kembali dengan sentuhan manhaj Al Quran dan sunnah Rasulullah saw sehingga berjaya melahirkan kembali generasi Al-Quran yang digeruni musuh.

Tidak kurang daripada 10,000 tentera sukarelawan Ikhwan Muslimin menyertainya perang 1948. Dengan izin Allah swt, mereka telah berjaya mengalahkan tentera rejim Israel di sempadan Mesir, Syria dan Jordan dengan slogan yang begitu ditakuti Zionis iaitu. “Hidup mulia atau Mati syahid”. 

Namun musuh Islam di seluruh dunia amat risau melihat kebangkitan ini sehingga PBB terpaksa melakukan gencatan senjata dan semasa inilah mereka melakukan jenayah kepada Ikhwan Muslimin. Para mujahidin yang menjadi tentera sukarelawan yang sepatutnya disambut sebagai pahlawan telah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di Mesir, negara mereka sendiri tanpa sebarang bukti kesalahan. Bahkan sebahagian mereka menjadi sasaran pembunuhan tentera upahan Israel. 

Kemuncaknya dengan perancangan yang cukup licik di antara pihak istana Mesir dan kerajaan British akhirnya Imam Hassan Al-Banna dibunuh pada tanggal 12 Februari 1949.

Sesungguhnya kesedaran dan kefahaman Islam yang dipelopori oleh Imam As-Syahid hari telah berkembang luas di serata pelusuk dunia. Bahkan gerakan Ikhwan Muslimin yang telah bertapak di serata dunia telah mempelopori kebangkitan ummat Islam terhadap Isu Palestin. 

Semoga Allah merahmati perjuangan As Syahid Imam Hassan al Banna dan membuka hati ummat ini untuk mengikutinya. Beliau pergi mendahului kita sebagai syahid dan mudah-mudahan kita dapat mengikuti jejak beliau untuk mengembalikan kemuliaan ummat ini.

Koleksi foto-foto lama kunjungan Imam Hassan al Banna ke Gaza, Palestin pada tahun 1946.

Kredit :


1- Dr. Tareq Al-Suwaidan : Palestine – Yesterday, Today and Tomorrow 
2- Shaharuzzaman Bistamam - Pengerusi Aman Palestin : Jejak tokoh
3- Paltimes.net : 23/05/2012

No comments:

Post a Comment