Anak yang penakut boleh juga
dikaitkan dengan fobia atau dilema mereka terhadap sesuatu situasi yang pernah
mencemaskan emosi mereka. Ada disebabkan selalu mendapat ‘mind tortured’,
mangsa buli adik-beradik atau kawan di taska dan sebagainya.
A) Teknik Air
Air antara perkara yang menyeronokkan buat anak-anak. Apatah lagi bila diberi
peluang bermain air dalam bilik air ataupun air hujan.
Berlainan bagi anak yang penakut, terapi air boleh digunakan untuk
mengembalikan keyakinan diri mereka daripada perkara-perkara yang menakutkan.
Caranya :
1. Tadahkan air dalam besen atau tab mandi di rumah.
Ajar anak untuk kocak-kocakkan air tersebut untuk mengukuhkan kemahiran
motor mereka. Ia juga secara tak langsung untuk mengurangkan tekanan dan
ketakutan anak.
2. Selang beberapa hari, belikan kolam renang yang boleh
mereka bermain bersama adik-beradik atau kawan yang lain. Bagi mereka ada
interaksi sosial yang membuatkan mereka seronok dan minda mereka juga
tenang.
3. Kemudian, buat percubaan pertama kali untuk membawa
mereka ke taman tema air/waterpark dengan memberi gambaran seronok bermain
di situ pada hari sebelumnya. Buatkan mereka tak sabar. Mungkin pada
permulaannya, mereka akan tarik diri dan takut untuk mencuba, pujuk
baik-baik sambil sentiasa memeluk mereka untuk mengurangkan ketakutan anak
4. Apabila mereka semakin berani, bawalah pula ke
pantai untuk mereka bermandi di laut sebagai terapi terakhir mengurangkan sikap
penakut mereka. Lakukan aktiviti ini secara konsisten inshaAllah kita pasti
mendapat hasil yang memuaskan. Anak semakin berani dan kedepan.

No comments:
Post a Comment