KALAU SUDAH MEMARAHI ANAK...PATUTKAH DIPUJUK JIKA DIA MERAJUK? BAGAIMANA SUPAYA ANAK SENANG BERSOLAT.
Hari ini Ibu memenuhi janji Ibu kepada anda yang
meminta Ibu versi BM mengenai sebuah jawapan kepada soalan di
bawah. Iaitu mengenai mengajar anak bersolat dan memujuk anak setelah
memarahinya.
--------------------------------------------------Soalan:
Ibu adakalanya anak-anak saya yang sudah berusia
11, 9 dan 4 tahun malas bersolat. Masalahnya sekrg saya jadi keliru bila nak
bertegas, bila nak manjakan mereka, bila nak garang.. mereka tak takut lansung
pada saya.. dan kadang kala hilang hormat pada ibu sendiri.. tapi bila mereka
sedar.. mereka akan minta maaf pulak.. .terus-terang ibu, saya mmg ada merotan
anak2 saya bila mereka tak dengar kata, contohnya masa malas solat dan masa
susah nak bangun pagi ke sekolah. Tapi saya pujuk mereka semula, contohnya saya
peluk cium masa hantar ke pagar sekolah.
----------------------------------------Salam sayang,
Inilah puncanya anak kurang hormat dan melawan kata.
"saya mmg ada merotan anak2 saya bila mereka
tak dengar kata, contohnya masa malas solat dan masa susah nak bangun pagi ke
sekolah. Tapi saya pujuk mereka semula, contohnya saya peluk cium masa hantar
ke pagar sekolah."
Memujuk, bila salah caranya menjadikan anda lemah
dan nampak tiada pendirian dan ini menyebabkan anak jadi lenja.
Oleh kerana anda memujuk setelah memarahi, maka
mereka akan memahami bahawa anda tidak serius dengan kemarahan anda dan
disiplin yang sedang anda terapkan. Lama-kelamaan anda akan kurang dihormati.
Beginilah Ibu bapa kehilangan kuasa daripada anak-anak mereka dalam
mendisiplinkan anak.
Meminta maaf kepada anak anda bila anda marah
berlebihan dan tidak kena cara, tidak mengapa. Malah itu adalah baik dilakukan.
Ia akan mengubat hati anak anda. Namun, minta maaf diatas keterlaluan cara
sahaja dan bukan mesejnya dan mengapa anda naik marah.
Lagi satu, bila memarahi, marahlah perbuatan dan
bukan mengherdik peribadinya. Contoh memarahi perbuatan " Bila abang malas
solat, itu perbuatan orang yang tidak bersyukur kepada Tuhan." Jangan kata
begini " Abang ni anak yang tidak bersyukur!" Ada perbezaan di situ.
Yang pertama menyatakan mengenai perbuatan dan yang kedua mengenai orangnya.
Bila kita menyerang peribadi orangnya, maka itulah yang menyebabkan dendam dan
marah.
Bagaimana anda boleh melakukan untuk mendisplinkan anak.
1- (have a ground rules that they are clear).Adakan
peraturan di rumah yang jelas. Maksudnya, mesti bersolat pukul berapa dan jika
boleh adakan solat berjemaah. Begitu juga bila bangun pagi. Kita perlu juga
faham, jika seorang anak itu tidak cukup waktu tidurnya, dia akan sukar untuk
bangun pagi, maka pastikan masa anak tidur mencukupi.
2- Jika mereka sudah mencapai 10 tahun, barulah
merotan jika tidak bersolat beri mereka penjelasan yang luas yang mebolehkan
mereka faham mengapa solat itu penting. Namun sebelum meminta anak bersolat
atau melakukan ibadah khusys, tanamkanlah perasaan kasih kepada Allah. Gunalah
penjelasan yang setaraf dengan kematangan anak. Gunalah nasyid, cerita atau
bresembang dengan mereka. Anda boleh berkreatif di sini terhadap cara anda
menyampaikannya. Yang penting hasilnya, anak itu kasih kepada Allah dan dia
mahu melakukan solat atau semua ibadah khusus itu kerana dia kasih kepada Allah.
Dan dia takut akan azab Allah juga kerana dia kasih akan Allah. Ini bukanlah
suatu yang kita boleh semaikan dan wujud serta merta. Ianya mengambil masa.
Oleh itu terus melakukan dan bersabar.
3-When you over scold your children, just apologise
for the over scolding and not the scolding. Meaning the behavior that you did
that is over not the behaviour of scolding. Because, they must understand, you
are angry for their wrong behavior. You apologise for you wrong respond in
overly in scolding them.
Di dalam BM - Bila memarahi anak, hanya minta maaf
jika anda terlebih marah. Jika anda marah dan menghukum secara baik dan tidak
berlebihan, mungkin anak itu akan marah dan menangis, namun, bila layanan anda
kepadanya masih penuh kasih-sayang dan hormat, dia akan memahami anda hanya
memarahi perbuatan yang boleh merosakannya.
4- Bila hendak bertegas dan bila hendak memanjakan
anak? Jawapannya, senantiasa. Corak keibubapaan yang paling baik ialah Pengasih
dan tegas 'Loving and Firm'. Bila manjakan anak pun perlu bertegas denganapa
yang boleh dibuat dan yang tidak yang telah dipersetujui. Garang hanya jika
mereka sudah melampaui batas dan perlu dibetulkan setelah cara berlembut tidak
berkesan. Perlu dirotan bagi yang sudah berusia 10 tahun itu jika dia masih meninggalkan
solat. Namun, laksanakanlah (administer) hukuman itu dengan cara berhemah.
Elakkan berleter.
Dalam mendidik anak untuk bersolat, melakukan
ibadah khusus dan berakhlak mulia, tidak akan mudah mencapai hasil jika kita
tidak melakukannya dan mewujudkan suasana untuk anak itu mudah bersolat.
Contoh, jika kita tidak mewujudkan solat berjumaah di rumah, maka payah juga
anak untuk menjadikan ini satu tabiat mereka. Kerana anak-anak kecil ini,
mula-mulanya mereka ikut-ikut saja. Lama-kelamaan ia akan membentuk tabiat dan
kemudiannya membentuk keperibadian.
Be firm, be loving and be in control of your
behavior towards your children. Always remember, they are not your leaders, You
are their leader.
(Penuh kasih-sayang dan tegas dengan anak-anak
anda. Ingatlah bahawa andalah ketua dan bukan mereka. Maka tidak semua
permintaan mereka perlu dipenuhi dan tidak juga pandangan mereka dipandang
remeh).
Harap perkongsian Ibu ini membantu.
Salam kasih - Ibu Rose - Empower With Love.
Nota: Perkongsian ini Ibu tulis di dalam dwi bahasa
agar mereka yang kurang menguasai BI berpeluang belajar perkataan-perkataan
baru dan ayat-ayat baru. Semoga ini akan menambah kemampuan diri anda dan
membolehkan anda suatu hari nanti membaca artikel atau buku di dalam BI dengan
mudah. Banyak ilmu di dalam penulisan BI begitu juga B.Arab. Marilah kita
berusaha menguasai bahasa-bahasa ini.

No comments:
Post a Comment