Kadang kala ada yang merungut.."saya tak ada motivasi langsung Kak
Dina” Apa itu motivasi? Mari kita cuba kenali. Motivasilah yang akan
membimbing diri dan tingkahlaku kita, ianya tidak dapat dilihat dengan
mata kasar tetapi MOTIVASI mempunyai pengaruh yang sangat BESAR dalam menentukan masa depan dan kesejahteraan hidup kita semua.
Adakah anda orang yang penuh dengan motivasi atau sebaliknya? Moga
Allah melindungi kita dari sifat malas dan tidak bermotivasi. Ahli
psikologi mendefinasikan motivasi sebagai suatu proses dalaman yang akan
mempengaruhi tingkahlaku “ the internal process that activates, guide and maintain behavior” Motivasi memberi kita SEBAB kenapa kita melakukan sesuatu perkara.
Saya belajar dari teori psikologi bahawa terdapat dua faktor motivasi yang akan mendorong kita melakukan sesuatu.
1) Motivasi DALAMAN (Internal)
2) Motivasi LUARAN (external)
Persoalan sekarang, biasanya apabila anda melakukan sesuatu, adakah
anda bermotivasi dari dalam atau anda melakukannya kerana motivasi
luaran?
Motivasi DALAMAN - ini lahir dari dalam jiwa kita
secara semulajadi. Ini termaksuklah keperluan fisiologi kepada makanan
dan minuman, keperluan psikologi dan keperluan sosial. Ianya lahir dari
minat.. minat datangnya dari dalam. Apabila kita berMINAT dengan agama,
maka kita bermotivasi untuk belajar mengenainya. Kita minat dengan muzik
kita bermotivasi untuk menghafal dan ambil tahu tanpa apapun
bayaran.Dan apabila minat itu lahir dari dalam kita biasanya tak
perlukan apa-apa habuan pun tidak mengapa, kita tak kisah. Katalah
pelukis, minat sangat melukis habis berjam-jam melukis, tak makan, tak
minum tak apa, kadangkala bukannya ada orang beli pun, tapi dia tetap
buat dan si pelukis ini puas. Puasnya datang dari dalam. Puas hati dan
gembira. Ada orang suka tolong orang, suka jadi sukarelawan, tak dapat apa pun tapi dia MINAT. Jadi MINAT merupakan salah satu faktor penting yang akan mendorong kita. Tanya kembali-apa yang anda minat?
Motivasi LUARAN - pula datangnya dari persekitaran.
Dari habuan, hadiah, insentif ganjaran, takut hukuman, pujian. Misalnya
belajar sebab nak A bukan sebab MINAT belajar, itu pun faktor luaran
juga. Motivasi luaran boleh jadi sesuatu yang berbentuk material atau
tidak. Pujian bukan material tetapi ia tetap dikira sebagai habuan. Kita
buat sesuatu untuk mendapatkan sesuatu atau untuk mengelak hukuman. .
Ianya bebreza dari motivasi dalaman.
Hari ini saya ingin mengajak pembaca dan diri saya untuk melakukan
sesuatu dan untuk kita bersama-sama mencari motivasi dalaman kita. MOTIF
kita BUKAN untuk mendapatkan benda semata.
Ada kritikan pedas yang diberikan oleh pakar mengenai motivasi
luaran. Jika kita melakukan sesuatu hanya untuk habuan…berhati-hati
kerana MOTIVASI LUARAN MENCURI MOTIVASI DALAMAN.
Contoh?
Kata seorang ahli sukan (Deckers, 2005) “Saya dahulu suka sangat
bersukan, sehingga lah saya dibayar, kemudian saya melakukannya kerana
wang bukan lagi kerana minat”
Satu kajian menunjukkan bahawa guru yang bekerja untuk wang lebih
SUKAR dan mengambil masa yang lebih LAMA unuk mencari idea, cepat marah
dan menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan dari mereka yang
tidak dibayar/tidak melakukannya kerana wang” –Chicago Erikson Institute Advanced Studies in Child Development-
Tapi tak semua ganjaran itu buruk, ianya kadangkala memang diperlukan. Namun saya tetap berpendapat bahawa ganjaran dalaman adalah jauh lebih baik seperti kata arwah mendiang Steve Jobs – “Do something because you love it…OR if you don’t, find a way to love it.”
Cari jalan untuk suka apa yang kita lakukan, Seperti kata Prof Al Mahdi
pengasas Khalifah Method. Anak-anak kita (diri kita juga) perlu dilatih
memberi ganjaran sendiri apabila kita melakukan kebaikan dan
meninggalkan dosa. Gembira dari dalam bila kita buat baik dan sedih dari
dalam bila kita buat benda yang tidak baik.
Perlu juga diingat bahawa motivasi kita ini sering berubah
dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Manusia ini tak pernah statik. Iman
turun naik, motivasi pun apatah lagi. Motivasi kita melakukan sesuatu
banyak berkait rapat dengan EMOSI kita. Jika kita gembira biasanya
motivasi akan naik kerana hormon seperti dopamine dan serotonin juga
naik. Bila kita sedih kita rasa penat dan tak bermaya, jadi ini juga
akan mempengaruhi motivasi kita. Walaupun tak semestinya kerana
kadangkala kekecewaan, kegagalan dan kesedihan memberi kita lebih banyak
motivasi untuk merubah diri dan berjaya.
Tetapi apakah motivasi paling berkesan untuk saya? Itulah dia janji
dan ayat Allah di dalam Quran… bukalah baca.. baca dan bacalah lagi dan
lagi.
Dua ayat pendek ini cukup untuk memberi saya dan seharusnya kita
semua motivasi. Ayat Quran penuh dengan motivasi… penuh dengan
pengharapan dan peringatan.


No comments:
Post a Comment