Anda mahu anak anda mendengar cakap
anda. Anda inginkan mereka untuk mematuhi peraturan di dalam rumah yang anda
telah tetapkan dan sentiasa berdisiplin.
Impian adalah satu perkara,
melaksanakannya adalah satu hal lain. Menetapkan peraturan di dalam rumah yang
berkesan adalah sesuatu yang lebih sukar. Sering kali kita lihat, ibu bapa
menjadi kecewa apabila apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak menjadi. Kita
selalu berpesan kepada mereka agar jangan berputus asa, namun
malangnya kebanyakan masih merasa kecewa.
Artikel ini bukan untuk mengajar
tetapi untuk menjemput ibu bapa untuk meneroka cara yang mungkin berkesan untuk
menjadikan anak kita sentiasa mendengar dan mematuhi peraturan di dalam rumah
yang kita telah tetapkan.
Melaksanakan
Dan Mengekalkan Peraturan Di Dalam Rumah
Soalan-soalan yang memerlukan
jawapan jujur dari kita samada kita telah meletakkan sesuatu asas yang kukuh
untuk mendisiplinkan anak.
1. Adakah kita Telah menetapkan
peraturan yang jelas dan mudah difahami
Bolehkah peraturan di dalam rumah
berkenaan menerangkan atau mentakrifkan dengan tepat tingkah laku yang
dikehendaki. Anda mungkin berbeza pandangan dan mungkin saya boleh
menjangkakannya, namun saya berharap dan mengingini.
Apabila adik-beradik bergaduh dan
mencampakkan mainan kepada satu sama lain, apakah kita akan mengarahkan mereka
untuk berhenti dari bersifat agresif? Anak kita yang lebih tua mungkin akan
memahami peraturan yang telah ditetapkan tetapi ia mungkin sesuatu yang tidak
jelas kepada anak kita yang lebih muda. Apakah mesej yang kita sebagai ibu bapa
cuba untuk sampaikan? Adakah patut untuk anak-anak tidak terlibat dalam
sebarang aktiviti fizikal atau adakah ia bermakna secara mudahnya, mainan bukan
diciptakan untuk dicampakkan atau digunakan untuk mencederakan orang lain?
2. Bagaimana Konsistennya Kita
Dengan Peraturan Di Dalam Rumah
Adakah kita salah seorang daripada
ibu bapa yang dengan mudah mengubah peraturan setiap hari yang berlainan?
Peraturan di dalam rumah adalah bertujuan untuk menyediakan satu kerangka asas
dan perlu tetap dan tidak sentiasa berubah-ubah. Kita sepatutnya memberikan
petunjuk yang jelas yang boleh membuatkan anak kita berasa selamat. Sebahagian
dari peraturan boleh diubah di pelbagai peringkat kehidupan anak-anak kita
tetapi hal utama di sini adalah konsisten.
3. Bagaimana Tentang kelakuan kita
sendiri
Adakah kita bertindak balas? Adakah
kita bertindak balas terhadap tingkah laku pada tahap yang sama dalam keadaan
dan masa yang berlainan? Saya pernah melihat ibu bapa yang memberi ganjaran
kepada satu tingkah laku pada satu hari tertentu, sebaliknya menghukum pada
hari yang lain dan mengabaikannya pada masa-masa yang lain. Ibu bapa seperti
ini sebenarnya menyampaikan mesej bahawa mereka sebenarnya kurang serius.
Memberi pengecualian adalah tidak
mengapa tetapi untuk tidak konsisten adalah satu yang tidak boleh diterima.
4. Adakah kita seorang yang
bertimbang rasa
Adakah peraturan di rumah kita
sesuai untuk anak-anak kita? Adakah kita sudah mengambil kira keperluan dan
kebolehan kanak-kanak kita? Anak kita memerlukan kita menghargai pandangan yang
dikongsi oleh mereka sama seperti yang kita mahukan. Peraturan di dalam rumah
yang kurang bertimbang rasa akan sentiasa menjemput sikap suka memberontak dan
melanggar peraturan. Seorang anak sangat membenci seorang yang tidak bertimbang
rasa seperti yang kita, ibu bapa sering lakukan.
5. Bagaimana sikap kerjasama
kita
Adakah kita sebagai ibu bapa,
bekerjasama antara satu sama lain? Kita dan pasangan kita perlu mempunyai
nilai-nilai yang sama. Kita perlu mengaplikasikan peraturan di dalam rumah yang
sama dan untuk bertindak balas terhadap tingkah laku dengan cara yang sama.
Anak kita masih tidak mahu mendengar. Apa
yang patut berlaku sekarang?
Ia bukan sesuatu yang luar biasa
untuk kita mendengar ibu bapa berkata bahawa mereka telah mengguna pakai semua
cara-cara di atas dalam melaksanakan peraturan di dalam rumah dan kanak-kanak
itu masih tidak mendengar dan tidak mematuhi peraturan. Jika anda salah seorang
dari orang-orang ibu bapa, maka anda perlu bertanya diri sendiri selanjutnya.
a) Adakah perhatian yang mencukupi
sudah diberikan
Apabila anak kita sudah mematuhi
Peraturan-peraturan di rumah yang ditetapkan, apakah kita memberi kepada mereka
perhatian yang diperlukan? Kita sepatutnya memberi pujian dan tidak mengabaikan
kelakuan yang dikehendaki itu. Jika kita hanya memberi perhatian kepada mereka
ketika mereka melakukan kesalahan maka mereka akan melakukan lebih banyak
kesalahan kerana kita sebenarnya memberitahu mereka bahawa kelakuan buruk lebih
mendapat perhatian.
b) Adakah kita saling menghormati
Adakah kita sudah menyampaikan
Peraturan-peraturan di rumah dan had-had sempadannya dengan cara terhormat? Kita
tidak sepatutnyamenjerit dan menyumpah sewaktu menyampaikan sesuatu mesej,
tidak kira berapa marahnya kita. Bagaimana kita akan bertindak balas jika bos
kita sendiri tidak memanggil kita dengan nama kita apabila mereka memberi
arahan? Dan tiada langsung hubungan mata ketika melakukannya!
Belajar untuk menyampaikan sesuatu
mesej hanya setelah kita mendapat perhatian mereka dan lakukannya secara
terhormat, itu yang lebih berkesan.
c) Adakah kita menyediakan pilihan
lain
Selalunya,dengan hanya memberitahu
anak kita untuk tidak melakukan perkara-perkara tertentu tidak mencukupi. Kita
perlu juga beritahu dia apa yang dia boleh lakukan. Cuba untuk tidak membuatkan
dia berasa dia telah dilucutkan haknya dan dengan itu berasa kecewa.
Sebaliknya, beri motivasi, beri penerangan dan beri beberapa pilihan
lain.
d) Menetapkan hukuman yang boleh
diterima akal
Jika hukuman adalah perlu, hukumlah
dengan satu yang boleh diterima akal kerana ini akan memberi kesan kepada
bentuk tindakbalas anak kita. Ini akan memberi kesan yang besar akibat dari
salah laku anak kita. Kita perlu praktikal dan tidak mengelirukan anak kita

No comments:
Post a Comment