Seorang buta duduk
di kaki lima sebuah bangunan lalu meletakkan topi di sebelahya dan sebuah papan
tanda yang tertulis di atasnya "Saya buta, sila hulurkan bantuan"
Tidak lama kemudian
lalu seorang lelaki, lalu memerhati papan tanda iklan tersebut dan topi yang
tidak berisi apa-apa melainkan hanya beberapa sen duit di dalamnya. Tanpa
berkata apa-apa, dia lalu mengambil papan tanda iklan itu
dan menuliskan beberapa buah kata-kata lain lalu mengembalikannya semula ke
tempat asalnya dan meneruskan perjalanan beliau.
Tidak lama selepas itu, si buta
menyedari yang topinya kini sudah penuh dengan duit syiling dan wang kertas,
maka dia tahu sesuatu sudah berubah dan menyedari bahawa apa yang ia dengar
dari bunyi sesuatu ditulis pada papan tanda iklan itu adalah rahsia kepada
perubahan itu, ia bertanya kepada seorang yang melalui tempat itu apakah yang
sebenarnya yang tertulis. Lalu dibaca kepadanya ayat indah seperti berikut
"Semua kita sekarang berada dalam musim bunga yang amat cantik, akan
tetapi saya tidak berupaya melihat keindahannya"
Moralnya:
Sebuah kata-kata berupaya merubah persepsi orang lain terhadap sesuatu yang
anda ingin sampaikan. Berhati-hatilah dalam memilih kata-kata anda. Pilih
kata-kata yang menyemai kasih sayang dan bukan kebencian.

No comments:
Post a Comment