Putrajaya: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati
bayi mereka berusia empat bulan meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA
di Desa Pinggiran Putra, semalam.
Lebih
menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi
berkenaan sedang tidur nyenyak.
Ibu
bayi itu, Rossmaine Sulaiman, 38, berkata dia dan suaminya mengambil anaknya,
Azeem Rifhan kira-kira jam 2.15 petang selepas waktu bekerja.
“Ketika mengambilnya dari tangan pengasuh,
saya dapat rasakan tangan keras dan langsung tidak ada tindak balas, manakala
tubuhnya sejuk.
“Melihat kejadian itu, saya dan suami
bergegas ke Hospital Putrajaya dalam usaha menyelamatkan anak kami,” katanya
ketika ditemui di sini, semalam.
Dia berkata, sepanjang perjalanan,
mereka cuba meletakkan tangan di atas dada Azeem namun tiada sebarang tindak
balas, malah doktor cuba memberi bantuan pernafasan sebaik tiba di hospital
tetapi gagal menyelamatkan bayi terbabit.
“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan,
saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi akhirnya menerima
tubuhnya yang kaku,” katanya.
Rossmaine berkata, dia cuba menelefon pemilik
taska berkali-kali namun taliannya dimatikan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi
Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan
mengenai kejadian itu.
No comments:
Post a Comment