1. Kita perlu sentiasa
mengingatkan diri sendiri bahawa anak-anak memerlukan bimbingan dan sokongan
kita untuk menangani emosi mereka.
2. Tanya diri kita,
“Apa perasaan saya jika orang lain perlakukan saya sebagaimana saya perlakukan
anak-anak saya? "
3. Ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum
bertindak balas.
4. Cuba untuk tidak terasa hati (atau mengambil
kelakuan anak-anak secara peribadi) kerana kebiasaannya kelakuan negatif
anak-anak bukanlah petanda kepada kegagalan kita dan bukan juga satu serangan
kepada peribadi kita.
5. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk
anak-anak melepaskan ledakan emosi mereka tanpa ada penghakiman (judgement)
daripada kita.
6. Berikan anak-anak ruang untuk bersendirian dan
bertenang (jika itu yang mereka inginkan) tetapi kita harus sentiasa bersedia
(available) jika mereka memerlukan pelukan dan galakan.
7. Galakkan anak-anak untuk bercakap tentang
perasaan mereka, mengakui dan menerima emosi mereka walaupun kita tidak
bersetuju dengan cara mereka melepaskan perasaan ketika itu.
8. Jika kita telah terlepas cakap atau menyebut
perkataan yang kasar dan tidak sopan ketika sedang marah, minta maaf daripada
anak-anak secara jujur dan beri penjelasan apabila kita telah tenang.
9. Ingatlah bahawa kita mampu membuat perubahan (ke
arah menangani emosi dengan cara yang lebih positif) dan mengingatkan anak-anak
bahawa mereka juga boleh berubah.
10. Tanya diri sendiri, "Adakah saya bertolak
ansur, menghormati dan membantu?
CREDIT TO : http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com
No comments:
Post a Comment